KRITERIA AMALAN YANG TERBAIK

KITA telahpun diperingatkan الله سبحانه وتعالى bahawa setiap masa dan setiap keadaan kita didalam UJIAN bagi mencapai darjat insan yang TERBAIK amalannya. Firman الله سبحانه وتعالى di dalam ayat 2 Surah al Mulk, bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “ الله yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalan. Dan Dialah (الله) Maha perkasa lagi Maha Pengampun. “


أبو على الفضيل بن عياض telah ditanya tentang ayat أحسن عملا (AHSANA AMALAN - TERBAIK AMALAN) di dalam ayat tersebut.

Maka beliau berkata “ أحسن العمل أخلصه وأصوبه “ - ‘ TEBAIK AMALAN itu adalah penuh keikhlasan dan betul amalan itu ‘

Kemudian beliau ditanya lagi (ما أخلصه وما أصوبه ؟ ) ‘ apakah maksud penuh keikhlasan dan betul amalan itu ? ‘ Beliau menjawab:

ان الله لا يقبل العمل ما لم يكن خالصا صوابا ، فاذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل ، واذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، واخلاصه أن يكون لله وصوابه أن يكون على السنة .

‘Sesungguhnya الله tidak menerima amalan yang tidak ada PENUH KEIKHLASAN DAN BETUL AMALAN ITU. Sekiranya amalan itu betul tetapi perlaksanaan tidak ikhlas, maka tidak diterima. Demikian juga sekiranya perlaksanaannya ikhlas, tetapi amalan tidak betul, maka tidak juga diterima. Keikhlasan maksudnya dilakukan semata-mata kerana الله سبحانه وتعالى . Dan betul amalan maksudnya itu mengikut Sunnah Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم.‘


❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿

Seseorang itu disukat dan dinilai ilmu, iman dan amalan yang lahir daripada keimanan tersebut. Dan amalan pula disukat dan dinilai sejauh mana mencapai darjat أحسن عملا.

TERBAIK amalan yakni penuh keikhlasan dan betul amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana الله dan mengikut Sunnah Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم

Di dalam al Quran al Karim terdapat banyak ayat yang menyeru dan mengajak kepada amalan di tahap ( الأحسن ) – TERBAIK. Antaranya firman الله dalam ayat 55 Surah az Zumar, bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “Hendaklah anda semua ikut sebaik-baik (panduan hidup) diturunkan kepada anda semua daripada الله سبحانه وتعالى “

Dan firman الله سبحانه وتعالى lagi di dalam ayat 17 – 18 Surah az Zumar, bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “Maka berilah berita gembira kepada hamba-hambaKu (hamba-hamba الله) yang penuh perhatian mendengar perkataan-perkataan (perintah الله) , lalu mereka mengikut SEBAIK-BAIKnya. Mereka itulah orang yang telah diberi Hidayah oleh الله سبحانه وتعالى. Dan mereka itulah orang-orang yang beraqal sempurna “

Bahkan di dalam al Quran, الله سبحانه وتعالى memerintah supaya menolak السيئة (keburukan) dengan cara TERBAIK, di dalam ayat 34 Surah Fussilat, bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih BAIK, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. “

Demikian juga الله سبحانه وتعالى melarang mendekati / menggunakan hartabenda anak-anak yatim melainkan dengan cara yang TERBAIK. Firman الله سبحانه وتعالى di dalam ayat 152 Surah al An’am, bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “Dan janganlah kamu hampiri (gunakan) hartabenda anak yatim melainkan dengan cara yang TERBAIK (untuk mengawal dan mengembangkannya) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus harta bendanya sendiri ) “



❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿

Oleh itu setiap Mukmin sewajarnya rasa terpanggil untuk sentiasa melaksanakan semua amalan dan semua perkara dalam bentuk yang TERBAIK, bahkan Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم telah bersabda :

عن شداد بن أوس ، ان رسول الله (ص) يقول : ان الله كتب الاحسان على كل شئ فاذا قتلتم فأحسنوا القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته .


♥ ♥ ♥ ♥ Maksudnya: Daripada Syadad bin Aus bahawa Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم bersabda, " Sesungguhnya الله telah menentukan (memfardhukan) “الأحسان “ dalam semua perkara. Jika kamu membunuh maka bunuhlah dengan cara yang TERBAIK dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Tajamkanlah pisau sembelihan dan berilah kerehatan kepada binatang yang disembelih itu “ (Hadis riwayat Imam Muslim)


Asal makna kalimah “ كتب “ mengandungi makna wajib dan fardhu kerana itu kebanyakan ulama’ menjelaskan bahawa “الأحسان “ TERBAIK di dalam amalan menurut kacamata Islam adalah sesuatu yang fardhu yang ditentukan oleh الله سبحانه وتعالى ke atas orang-orang yang beriman.


Lebih jelas lagi tafsiran “الأحسان “ di dalam عبودية kepada الله telah disebutkan oleh Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم di dalam hadis yang panjang, hadis “ متفق عليه “ Daripada Abi Hurairah r.a menceritakan tentang Jibril a.s datang berjumpa Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم, bertanya tentang Islam, Iman dan ‘ihsan’. Apabila ditanya tentang احسان, maka Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم menjawab:

‘ أن تعبد الله كأن نك تراه, فان لم تكن تراه فانه يراك ‘

♥ ♥ ♥ ♥ maksudnya, “Hendaklah anda beribadah kepada الله seolah-olah anda melihat-NYA, dan jika anda tidak melihat-NYA pun maka (yakinlah) الله سبحانه وتعالى melihat anda.”

Semoga kita mampu melahirkan tindakan amal yang TERBAIK dan diterima oleh الله سبحانه وتعالى., insyaAllah.


Petikan isi penting dari Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Hj Omar Hj Salleh

__________________________

Disunting dari:
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ik​hlas-dalam-beramal.html

Shared By: Bicara Hidayah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar