Al-Muqit ada kaitan dengan al-Hafiz - Yang Maha Memelihara. Kalimah ini hanya ditemukan sekali sahaja dalam al-Quran sebagai nama Allah سبحانه وتعالى iaitu dalam ayat 85 surah an-Nisaa'.
مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا وَكَانَ اللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتاً
♥ ♥ ♥ ♥ "Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (An-Nisaa': 85)
Dikatakan bahawa sekali sahaja kalimah ini disebut bagi menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak memiliki sifat ini. Walaupun diterjemahkan sebagai memelihara namun sebenarnya ada beberapa pengertian tentang al-Muqit. Qutun atau Quwwatun bermaksud Maha Memelihara, Maha Kuat, Maha Berkuasa. Qutun juga bermaksud keupayaan, kemampuan dan makanan. Barangkali apabila dimaksudkan dengan makanan "Qut" seseorang akan beroleh kekuatan sehingga apa yang dihajatkannya terlaksana.
Maka dengan mengambil kira maksud yang diberikan itu Al-Muqit bermaksud; Allahlah yang memberi jaminan rezeki kepada setiap makhlukNya supaya makhluknya beroleh kekuatan serta kemampuan dalam berusaha bagi setiap perkara. Allah bukan sekadar menjamin makanan (rezeki) bahkan Allah jugalah yang menghantar rezeki kepada penerimanya. Contohnya; makhluk memerlukan makanan, Oksigen dan lain-lain, Allahlah yang menghantarnya. DIAlah yang mencipta sarana bagi memudahkan makhluk mendapatkannya.
Jaminan makanan ini ternyata begitu ajaib. Ada makhluk yang hidup di darat, makanannya berada di dalam air seperti burung apabila didapati makanannya berada di dalam air secepat kilat ia menyambarnya. Siapakah yang memberikan kekuatan untuk burung terbang laju dan menyepit ikan dengan paruhnya itu jika bukan al-Muqit, ada pula makhluknya yang hidup di dalam air makanannya berada di darat. Jadi jika didapati ada ikan yang tidak boleh hidup jika di atas darat sedang memancutkan air yang dikumpulkan dalam mulutnya kepada serangga yang berada di atas daun untuk menjadikan itu sebagai makanannya, itulah yang dilakukan oleh al-Muqit.
Pengajaran bagi kita di sini ialah jika ikan hidup dalam air manakala makanannya di darat yang tidak perlu bimbang akan rezekinya sedangkan kita pula rezeki ada di atas darat, di dalam laut, di dalam bumi janganlah masih merungut tidak ada rezeki.
Dalam surah Hud ayat 6, Allah berfirman maksudnya:
♥ ♥ ♥ ♥ "Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang melata (bergerak) di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)". (Hud [11] : 6)
Allah al-Muqit memberi jaminan rezeki kepada setiap makhlukNya tidak kira kecil atau besar; dengan jaminan ini makhlukNya akan dapat kekuatan, dapat hidup dengan sempurna.
||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||
TIGA JENIS KEHIDUPAN YANG NYATA
• Makhluk hidup yang nyata di muka bumi ini terbahagi kepada 3 ienis (abaikan alam jin dan malaikat yang kita tak nampak):
1) Kehidupan tumbuh-tumbuhan (Hayatun Nabatiyyun)
2) Kehidupan haiwan (Hayatun Haiwaniyyun)
3) Kehidupan manusia (Hayatun insaaniyyun)
Jaminan 'qut' berada di tangan al-Muqit. Ketiga-tiga jenis kehidupan ini memerlukan 'qut' untuk kelangsungan kehidupan.
Ketiga-tiga jenis kehidupan ini pula jaminan qut yang diberikan kepada masing-masing berbeza.
• KEHIDUPAN POKOK, lihat pokok besar, pokok kecil, pokok mencecah awan atau pokok menjalar, didapati tidak mempunyai keinginan dan kemampuan berikhtiar, kebebasan memilihpun tidak diberi kepadanya. Selurh hidupnya (100%) bergantung kepada masyi'ah Allah. Oleh kerana sifatnya begitu, Allah hantarkan makanan terus kepadanya sedikit demi sedikit (jika manusia dikatakan suap terus ke mulut). Dengan kata lain rezeki pokok amat dekat. Ada sejenis pokok yang makanannya adalah serangga, ulat, rama-rama namun pokok tak boleh bergerak untuk mendapatkannya lalu Subhanallah pokok itu boleh mengeluarkan sejenis bau yang boleh menarik binatang-binatang tadi mendekatinya. Apabila dekat pokok itu menyerapnya.
• KEHIDUPAN HAIWAN lebih maju daripada kehidupan pokok sebab sekurang-kurangnya binatang ada sedikit kemahuan atau keinginan. Allah berikan kemampuan berikhtiar untuk mencari makanannya. Keinginannya sedikit contoh ayam makanannya terhad, begitu juga lembu hanya makan rumput dan daun boleh dikira dengan jari makanan yang disukainya. Harimau pula makan daging. Bukan sekadar keinginan, kuantiti makananpun terhad, bila dah kenyang cukuplah tak perlu simpan.
• KEHIDUPAN MANUSIA pula memang berbeza dengan kedua-dua kehidupan tadi. Manusia punyai banyak keinginan, juga diberikan kebebasan memilih. Berapa banyak keinginan kita, bukan sekadar kenyang, jika boleh hendak makan semua dan yang lebihnya nak disimpan.
Begitula aturan Allah سبحانه وتعالى kepada makhlukNya. Jika perlu memenuhi keinginan, perlulah berusaha lebih. Jika tak mahu berusaha bolehlah dibaratkan seperti pokok dan haiwan tetapi kita bukan pokok dan haiwan. Kita adalah khalifah di muka bumi. Tugas khalifah perlu dilaksanakan.
||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||
PERBEZAAN AL-MUQIT DENGAN AR-RAZZAQ
Al-Muqit yang memberi jaminan rezeki daripada segi banyak atau sedikit, mudah atau susah, dekat atau jauh. Ar-Razzaq pula memberi rezeki daripada segi yang nampak atau yang tidak nampak (sihat, pandai, hidayah dll) banyak dan berulang-ulang. Bukan sekali, setiap kali diminta diberiNya.
BAGAIMANA MENTELADANI AL-MUQIT?
Hendaklah sedar bahawa Allah sahajalah yang memberi jaminan rezeki dan menghantar rezeki kepada setiap makhlukNya. Tetapi rezeki yang dihantar kepada kita bukanlah dengan cara seperti yang diberikan kepada ibu Nabi 'Isa as yakni Maryam, sebaliknya melalui angin. Allah berfirman dalam surah al-Hijr ayat 22 yang bermaksud:
♥ ♥ ♥ ♥ “Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” ( al-Hijr [15] :22)
Maka apabila menikmati buah-buahan atau jagung ingatlah angin. MasyaAllah betapa sayangnya Allah kepada kita. Janganlah pula marahkan angin. Jika demikian akan terjejas aqidah kita. Mohon perlindungan Allah daripada berlaku sedemikian.
Apabila kita menyedari ini kita akan jadi hamba yang bersyukur dan kita tidak akan jadi hamba yang takaatsur.
Kita juga perlu ingat bahawa tidak semuanya yang boleh berusaha disebabkan kurang kemampuan atau lemah disebabkan telah mengalami pelbagai masalah, jadi bantulah yang lemah.
Kita juga perlu merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Sekian mudah-mudahan memberi manfaat.
______________
Sumber: permatainn.blogspot.com
Shared By: ⓑⓘⓒⓐⓡⓐ ღ ⓗⓘⓓⓐⓨⓐⓗ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar