Selasa, 14 Agustus 2012

:: SAHABAT AKHIRAT




Bismillahirrahmannirahim,

Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم ternyata dalam perjalanan dakwah Baginda, Baginda ditemani oleh teman dan sahabat yang baik dan setia. Antara teman baik Baginda صلی الله علیﻪ و سلم adalah isteri Baginda sendiri, Saidina Khadijah, anak angkat Baginda Ali Abi Talib dan para sahabat yang sangat dicintainya. Apabila kita bertaaruf dengan teman dan sahabat Bag
inda, mereka adalah insan-insan yang hebat dan luarbiasa. Teman yang akan menemani Baginda di dunia dan di akhirat.


Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada الله. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan kita untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari bekal ke negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berbagi suka dan duka, untuk mengingatkan kala tergelincir , untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, teman berkasih sayang karena Allah , bekerja bersama dalam memimpin beban dakwah yang amat berat ini, demi bersama meraih Cinta -NYA.


Kita memerlukan teman dan sahabat. Berdoalah agar kita memiliki teman dan sahabat yang baik, bukan sekadar baik budi, tetapi baik sehingga ke syurgawi. Kita memerlukan sahabat dan teman dalam perjalanan ini. Seorang Nabi الله, Nabi Musa عليه السلام pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada الله agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMU, dan banyak mengingatiMU, sesungguhnya الله Maha Melihat keadaan kami" (Thaha:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari الله untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian, membangun keperibadian mukmin dan umat. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redha-NYA dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?



Saidina Umar mengatakan,

"Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya"

Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut karena kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikaruniakan teman yang soleh.


Nabi Musa as telah menemui teman dan sahabat yang baik, Nabi Harun عليه السلام. Keduanya memiliki keperibadian mulia dan komited menyeru kepada aqidah yang satu. Justeru apakah ciri yang sepatutnya kita miliki agar kita juga akan menjadi sahabat dan teman ke syurga?


Penulis memetik satu tulisan dalam Majalah Solusi Bilangan 31, Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه , beliau mencerita; telah ditanyakan,

“Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?” Sabda Baginda, “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada الله (apabila kamu) melihatnya,; dan bertambah pada ilmu mu (apabila mendengar) perbicaraannya; dan mengingatkan kamu kepada الله (apabila melihat) amalannya.”

Beginilah tarbiah Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم kepada para sahabat Baginda. Begitu halus dan tinggi hikmahnya. Baginda tidak menjawab, “Sayalah teman majlis yang terbaik!”.


Sebaliknya, Baginda صلی الله علیﻪ و سلم memnjelaskan ciri-ciri teman majlis yang baik :

1. Memandangnya, sudah cukup menyebabkan kita teringat kepada الله;

2. Mendengar perbicaraannya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita kepada agama bertambah; dan

3. Melihat amalannya, menyebabkan kita teringat kepada akhirat.



Apabila para sahabat رضي الله عنه mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka faham itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda صلی الله علیﻪ و سلم. Namun, apabila Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk memahaminya dan mencontohi. Malah, jawapan Rasulullah ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha untuk mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.


Bagaimana untuk memiliki ciri-ciri di atas. Kita perlukan kepada tarbiyah iman yang berterusan. Bermula dengan tarbiyah ruhiyah, membersihkan hati dari sebarang perasaan mazmumah, mengisi jiwa dengan keimanan yang ikhlas, insyaAllah akan lahir buah iman yaitu akhlak yang ampuh, kefahaman aqidah yang benar dan pelaksanaan ibadah yang sahih dan KECINTAAN karena الله semata.


"CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CINTA-KU mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKU, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana AKU, CINTA-KU mesti bagi orang-orang yang saling memberi karena AKU" (Hadith Qudsi)

Semoga jiwa kita tergerak dan bersegera memperbaiki diri agar kita memiliki dan membentuk karakter diri menjadi teman dan sahabat yang baik. InsyaAllah kita akan dihimpunkan bersama-sama dengan sahabat dan teman yang baik di sisi-NYA. Proses hati kita dengan sentiasa mentadabbur Al Quran dan searah Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم dan para sahabat رضي الله عنه . Perhatikan bagaimana mereka membina keperibadian mereka untuk berukhwah dan membina hubungan hati yang ikhlas antara satu sama lain. Hadirkan hati kita dalam majlis-majlis tarbiyah karena di sana adalah perhimpunan orang-orang yang soleh.


Subhanallah .. Maha Besar Allah yang telah mengkaruniakan cinta kepada Allah , makhluk serta hamba-hamba Nya ..




Mohd Razali M.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar