Minggu, 09 Januari 2011

KIASAN AL QURAN MENUSUK JIWA INSAN YANG IKHLAS

Memahami tafsir ayat cengkam hati, suntik ilustrasi positif semangat iman

SETIAP kali الْقُرْآنَ dibaca maka tersingkaplah segala sifat diri orang yang membacanya. Orang itu pun bertafakur menghayati ayat menceritakan mengenai jati dirinya sebagai insan. Apabila dia beriman dengan apa yang dibacanya, maka segala keburukan terpalit dalam diri segera mahu dibaiki.

Namun, ada yang tidak mahu mengakui kelemahan diri yang tersindir oleh ayat الْقُرْآنَ. Padahal kiasan dan ulasan الْقُرْآنَ begitu menusuk ke jantung hati orang yang ikhlas.

Jika ditanya bilakah agaknya anda tidak berminat lagi dengan apa-apa pun melainkan berfikir mengenai akhirat? Sudah tentu ketika dada anda memeluk Al Qur'an, hati mengimani dan emosi mengikut petunjuknya.

Umar al-Khatab menceritakan detik bersejarah runtuhnya tembok kekufuran oleh hembusan hidayah yang dihantar Al Qur'an ke jiwanya. Umar berkata ketika dia masih kafir lagi:


“Aku harus pergi ke Kaabah untuk melakukan tawaf tujuh atau 70 kali. Lalu aku pun datang ke sana untuk melakukan tawaf, aku melihat  Rasulullah sedang berdiri melakukan sembahyang, saat itu Baginda solat menghadap ke Syam (Baitulmaqdis) dan Baginda menjadikan Kaabah di antara dirinya dan negeri Syam. Baginda berdiri di antara rukun Hajarul Aswad dan rukun Yamani. Aku berkata dalam hati saat aku melihatnya: Demi Allah, jika malam ini aku mendengar apa yang dibaca oleh Rasulullah . Jika aku sudah mendekatinya dan mendengarkan apa yang dibaca pasti aku akan mengejutkannya! Aku pun menghampiri Rasulullah melainkan hanya dibatasi kain Kaabah saja. Saat aku mendengar Al Qur'an , hatiku mencair sehingga membuat aku menangis, sejak saat itu aku beriman.” (Kata Ata’ dan Mujahid yang dikutip oleh Ibnu Ishaq daripada Abdullah bin Abi Najih)

Mengapa susah sungguh berinteraksi dengan AL Qur'an ? Apakah kerana ayat yang kita baca sekarang berbeza dengan ayat didengar Umar? Bukankah AL Qur'an  tetap sama dan takkan
pernah berubah sampai bila-bila? Lalu sebenarnya, di manakah kesilapan kita?


PENGHAYATAN BERGANTUNG KEPADA TAFSIRAN DAN KEFAHAMAN

Orang yang mahir membaca belum tentu memahami rahsia ayat dibaca. Terjemahan dan tafsiran yang baik sedikit sebanyak boleh membentuk imaginasi sebenar. Namun usaha menelusuri maksud ayat seharusnya lebih diutama berbanding dengan membaca saja.


Bagaimanapun, di kalangan orang ‘ajam yang tidak memahami bahasa Arab seperti kita, ramai lebih mementingkan lagu dan irama padahal ilmu tafsir Al Qur'an sepatutnya mestilah lebih diutamakan.

Bagaimanakah bacaan itu boleh dinikmati tanpa sebarang penghayatan? Sedangkan penghayatan bergantung kepada tafsiran dan kefahaman. Tak hairan apabila kita membaca tetapi tidak menjiwai bacaan itu. Ia membuat diri kita kehilangan petunjuknya.

Tujuan memahami tafsir Al Qur'an  ialah untuk mencengkam jiwa dengan teguran dan ajarannya, membentuk ilustrasi positif yang menyuntik semangat iman, mendapat inspirasi reda dan sabar ketika diuji. Mendekatkan diri kepada Allah dengan ayat peringatan, suruhan, larangan, pujian dan janji Allah, syurga dan neraka, khabar gembira dan ancaman seksa-Nya.


Ketika seseorang sudah mencapai kefahaman sempurna mengenai tafsir Al Qur'an, tidak mungkin dia tertawa ketika membaca ayat seksa atau lalai ketika membaca ayat amaran kerana tujuan اAl Qur'an diturunkan ialah untuk mencengkam jiwa manusia yang lalai. Supaya ingat jalan pulang ke sisi Tuhannya dan jangan tersesat kerana tidak menggenggam petunjuk yang dibekalkan melalui Al Qur'an


Sudah selayaknya orang ‘ajam bukan Arab yang tidak memahami bahasa Al Qur'an  bertungkus-lumus menjejaki rahasia Allah melalui kalam-Nya yang mulia dengan mempelajari tafsir Al Qur'an . Siapa kata usaha belajar tafsir hanyalah membazir masa dan wang ringgit? Orang yang berkata sebegini sememangnya tidak memahami betapa agungnya getaran jiwa pernah dirasai Saidina Umar bin al-Khattab.


MEMILIH AJARAN LAIN DAN MENINGGALKAN AL QURAN


28 May 2008, Dongguan, Xining, Qinghai, China --- Chinese imams study classic Islamic texts in a lecture program in Dongguan.
Kesilapan dilakukan manusia dalam interaksi dengan AL Qur'an  ialah memilih ajaran lain dan meninggalkan ajaran Al Qur'an.. Banyak benda boleh menarik perhatian manusia, terutama yang sesuai dengan kehendak nafsu melampau. Duit, kuasa, kedudukan, pangkat, perhiasan dan hiburan adalah keperluan manusia untuk tetap bertahan di belantara kehidupan akhir zaman ini.

Allah tidak pernah melarang manusia menikmati kurniaan dianugerahkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya manusia seharusnya ingat tabiat mereka yang mudah dijangkiti kelalaian apabila dibukakan pintu dunia seluas-luasnya. Ayat Allah semakin dipinggirkan, dijual pada harga murah bahkan disembunyikan untuk kepentingan diri dan golongan tertentu.


Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan kepadanya ayat Kami (pengetahuan mengenai isi AL Qur'an), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan jika Kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan darjatnya dengan ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka perumpamaan seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Yang demikian itu adalah perumpamaan orang yang mendustakan ayat kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah itu supaya mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176)

Sikap orang Yahudi membaca Kitab Taurat tetapi tergamak mencari hukum lain yang lebih sesuai dengan kemahuan nafsu mereka untuk dijadikan landasan hidup. Inilah sikap dimurkai Allah.


Suatu hari seorang Yahudi meminta Rasulullah menghukum ahli keluarganya yang berzina mengikut hukuman Al Qur'an. Dia sengaja melakukan perkara itu dengan harapan hukum Al Qur'an lebih ringan daripada hukum Taurat. Selepas Rasulullah menegaskan bahawa Al Qur'an  juga menjatuhkan hukuman rejam sama seperti dalam Taurat, bangsawan Yahudi itu langsung berpaling dengan bongkak, nyata sekali mereka tidak akan pernah mengikuti mana-mana kitab Allah.


MEMPERGUNA الْقُرْآنَ DEMI KEPINTANGAN DIRI


Begitu juga mereka yang memperguna Al Qur'an  demi kepentingan diri. Contoh paling mudah, dalam bab poligami bukan main beriman tetapi bab perintah Allah yang lain tidak dipatuhi. Mengapa mahu dipisahkan elemen penting dalam Al Qur'an.

Sistem akidah, ibadah, jenayah dan muamalat tidak mungkin dipisah, semua sistem buatan manusia seperti sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kenegaraan sudah tersusun rapi dalam Al Qur'an sejak berabad lamanya.

Alangkah sedihnya apabila orang Islam hanya tahu beriman dengan AL Qur'an  setakat malam Jumaat pada majlis membaca Yasin, ketika kematian ahli keluarga atau ketika membuka kedai barunya (menggantung ayat Al Qur'an  sebagai azimat dan tangkal).

Sementara itu akhlaknya tidak mengikuti petunjuk Al Qur'an, ibadahnya menyalahi aturan AL Qur'an, perniagaannya mengamalkan riba dan penipuan, imej dan tutur katanya tidak mewakili kesopanan tatacara Al Qur'an, pemikirannya diracuni fahaman orang kafir yang bertentangan dengan Al Qur'an. Seolah-olah dengan bangga mereka berkata: “Ambillah Al Qur'an  jika ia menguntungkan kamu, jika tidak tinggalkan saja.”

Padahal Rasulullah  diberi gelaran sebagai ‘Al Qur'an  yang berjalan’. 



Ya Allah bukakan hati kami untuk dapat memahami ayat-ayat Al Qur'an yang Engkau maksudkan... dan tundukkanlah hati kami dengan الْقُرْآنَ.. aamiin ya Robbal alamin.






:::: Sabtu, 27, Muharram 1432 ::::
Dipetik Dari:
http://drjuanda.protajdid.com/?p=15
Shared By Bicara Hidayah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar